Salam kawan-kawan semua...
Maaf sebab lama tak update Blog.. bukan apa... tengan Busy dengan penubuhan Syarikat.....
Alhamdulillah semuanya telah selesai... Akhirnya berjaya wujudkan Syarikat dengan akaun sendiri iaitu DIMIEY ENTERPRISE ,Melalui syarikat inilah bermulanya satu perniagaan baru iaitu Jualan produk kesihatan dan kecantikan, Tuan-tuan dan puan-puan boleh pg ke FB kami iaitu https://www.facebook.com/DimieyEnterprise
Di sana Tuan-tuan dan Puan-puan boleh meneliti dan melihat sendiri produk yang kami jual...
Dengan sokongan dan doa kalian semua, Akhirnya kami berjaya berdiri sehingga ke hari ini... terima kasih dan semoga allah saja dapat membalas jasa2 serta pertolongan Kalian :)
DIMIEY ENTERPRISE (DUNIA KEEMASAN & KECANTIKAN) CONTACT US :
(EMAIL : dimiey12@gmail.com ) , (hp: +60193532301-GOLD&SILVER, 014-
5307793-SUPPLEMENTS&BEAUTY)... COME VISIT US..TQ :-)
Sabtu, 15 Disember 2012
Khamis, 20 September 2012
Simpan Emas Fizikal Sekarang untuk Kesihatan Akan Datang
Dalam menjaga kewangan kita, kita perlu jaga kesihatan. Mungkin kita sihat tubuh badan hari ini, tetapi, 10..20 tahun akan datang, tiada siapa yang akan tahu.

Jaga kesihatan anda hari ini, untuk menjimat kewangan anda pada masa akan datang.
Sering kita dengar kisah-kisah seseorang dalam keluarga yang kurang sihat sehingga membebankan keadaan kewangan keluarga. Sememangnya kesihatan tubuh badan adalah di tangan Allah swt, tetapi, terdapat juga penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Setiap kali, kita sering memikirkan bagaimana hendak menambahkan kewangan kita. Tetapi jarang kita fikirkan cara menambahkan kesihatan kita supaya kewangan kita di masa hadapan akan terjaga.

harga emas pada tahun 2010
- Pada tahun 2010 harga emas di paras RM136 segram.
- Harga emas yang sama pada ketika ini adalah RM184 segram (13 September 2012)
- Peningkatan sebanyak 35.2% dalam masa 2 tahun..
Peringatan untuk semua dan diri saya sendiri juga… jaga kesihatan, supaya kewangan keluarga di masa akan datang dapat dilindungi. Lindungi nilai simpanan kita dalam bentuk yang lebih selamat iaitu emas fizikal PG
by: Hafizul Hakim
Isnin, 3 September 2012
Rahsia Pelaburan Emas Yang Perlu Anda TAHU!!!!
Salam keemasan dan salam perjuangan semua...
Sekarang ni dah banyak company yang keluarkan emas pelaburan. Ramai orang jadi confuse nak beli emas yang mana satu. Ramai juga yang tanya saya pasal syarikat lain, antaranya GCP, Amsyiq Gold, GSR, Sri Ayu dsb. Saya rasa lebih adil sahabat semua tanya direct dealer company tu sebab saya takut maklumat yang bagi tu tak tepat ataupun tak lengkap. Dealer company tu sendiri lebih layak untuk explain berbanding saya.
Saya cuma expert tentang Public Gold (PG) dan ilmu pelaburan emas secara umum. Setakat yang saya perhatikan, emas pelaburan paling tinggi permintaan di Malaysia ialah Kijang Emas BNM, Dinar Kelantan dan Public Gold. So, saya lebih fokus kepada Public Gold sebab saya tengok Public Gold menyediakan fasiliti pelaburan emas fizikal terbaik diMalaysia.
Bagi saya, emas terbaik untuk pelaburan ialah emas yang senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum bila dijual!Kalau sahabat nak tahu sesuatu emas PELABURAN tu bagus ke tak, sahabat semua kena meneliti 5 kriteria penting ni sebelum beli iaitu:
- Harga rendah
- Spread (susut nilai) rendah
- Supply consistent
- Cawangan banyak
- Syarat jual beli tak cerewet
Kriteria #1 – Harga rendah
Cuba bandingkan harga sesebuah company dengan pengeluar emas yang lain. Paling baik mestilah harga paling rendah. Kalau untuk pelaburan, kena pastikan at least harga emas tu lebih rendah dari harga kedai emas (www.fgjam.org.my). Tapi kena hati-hati, emas yang harganya paling murah biasanya spreadnya (susut nilai) agak tinggi.
So, jangan mudah terpengaruh dengan emas murah, sebab emas murah jualnya pun lebih murah!
Untuk bandingkan harga, sahabat semua boleh cek di website company tu, antaranya;
Kriteria #2 – Spread (susut nilai) rendah
Cuba kira berapa peratus spreadnya. Spread akan menentukan berapa cepat kita dapat untung. Lagi rendah lagi bagus. Kena buat calculation la sikit.
- Formulanya, (HARGA SELL – HARGA BUY)
- Perbezaan harga tu, bahagikan dengan harga dia jual tadi, dan darab dengan 100.
- Baru kita dapat tahu berapa % spreadnya. Lagi rendah lagi bagus.
Contohnya, harga semasa 1 Dinar Public Gold (25 Mei 2012, jam 4.15 petang).

Spread 6% tu maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar PG dah untung 4% (10% – 6%). Saya tengok, ada company kenakan spread 1 Dinar sehingga 15%! Uh… Kesian kepada pembeli yang tak tahu tentang spread… Maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar dari company X tu masih lagi tak untung -5% (10% – 15%)!
Untuk rujukan pantas, sahabat semua boleh buat perbandingan spread emas yang ada di Malaysia. Saya dah calculate siap-siap di artikel“Faktor Spread Margin: Penting atau Tidak.. Anda Kaji artikel saya”.
Kriteria #3 – Supply konsisten
Sahabat semua kena make sure company tu boleh supply emas secara konsisten. Maksudnya, bila harga emas jatuh mendadak, kita berpeluang untuk beli pada harga rendah. Saya perhati, Dinar Kelantan dan Kijang Emas agak bermasalah sikit dari sudut ni. Bila harga emas jatuh mendadak, memang susah nak dapat stok! Pembeli terpaksa nganga jer lah, sedangkan itulah peluang untuk maksimumkan keuntungan…
Bagi saya, antara kelebihan yang ada pada PG ialah bukan sekadar stok sentiasa ada tapi kita berpeluang beli mengikut REAL-TIME harga emas dunia. Setakat ni, saya tengok hanya PG jer yang ada fasiliti lock harga beli dan harga jual mengikut real-time di Malaysia.
Katakanlah harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh lock harga rendah dan bayar harga yang kita lock pukul 12.00 tu walaupun harga emas naik balik pada pukul 7.00 pagi esoknya. Ini bukan teori, tapi realiti. Kalau harga emas nak jatuh, biasanya dia jatuh waktu malam (waktu Malaysia) dan naik balik pagi esoknya. Jadi, pembeli emas PG berpeluang dapat keuntungan lebih dengan fasiliti ni.
Kriteria #4 – Cawangan banyak
Kena cek berapa banyak company tu ada cawangan. Company terbaik ialah company yang banyak cawangan supaya mudah urusan jual beli. Kalau company tak banyak cawangan, takut susah bila nak jual balik nanti.
Public Gold mempunyai cawangan di seluruh negeri di Malaysia!
- Katakan anda membeli sekilo emas berharga RM180,000 hari ini.
- Minggu hadapan harga jual semula (PG BUY) adalah RM200,000 anda pergi branch bawa emas dan dapat cash dalam tempoh 24 jam (bank in to your account).
Sebab itu pelabur emas yang mempunyai modal besar memilih Public Gold! Guaranteed buy back

Kriteria #5 – Syarat jual balik tak cerewet
Syarat ni pun penting. Kalau nak beli, cari company yang jamin akan beli balik emas tu tanpa banyak syarat. Kalau company tu tak jamin akan beli balik, jangan beli emas tu sebab nanti kita rugi 25% sebab terpaksa jual kepada kedai emas. Paling baik ialah company yang jamin akan beli balik walau apa keadaan emas tu, sekalipun calar, kemek, dah buka seal dsb.

| Bila company jamin beli balik walaupun emas tu calar, kemek dsb, kita lebih peace of mind. |

| Emas Pamp Suise tak boleh dibuka seal. Kalau buka, kedai emas akan tolak spread 25%! |

| Gold bar Kuwait Finance House ni pun tak boleh dibuka sealnya. Nanti terpaksa jual ke kedai emas dengan spread 25%! |
Itulah 5 kriteria penting yang kena cek bila nak beli emas untuk tujuan PELABURAN. Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana pun ok. Selepas anda faham 5 ciri penting ini, pilih emas pelaburan yang BALANCE untuk kesemua ciri tersebut. Setakat yang saya perhati, tak ada company yang boleh score 5 bintang untuk kesemua ciri-ciri yang saya senaraikan tu. Yang dapat the highest score setakat ni ialah Public Gold…
Ehsan drp : Hafizul Hakim
Ahad, 2 September 2012
Waktu Subur Wanita!! Fahamilah....
Salam semua,
Maaf sebab lari dari tajuk sikit... sekali sekala kefahama tentang kehidupan ni penting....
ok, entry ini untuk orang pompuan aje yang dah kawen ok! tapi kalau ada orang laki nak baca jugak, silakan….ehehe sharing is caring kan..kan..kot2 nak share ngan wife kan?
“Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.” DR.Azwan
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur

Langgan:
Ulasan (Atom)