Selasa, 24 Januari 2012

Harga Hartanah Meningkat 20% Menjelang Hujung Tahun 2012


Peningkatan kos bahan mentah, isu kuota Bumiputera beban pemaju

PUTRAJAYA: Unjuran harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus dalam separuh kedua 2011 bukan disebabkan permintaan pasaran yang tinggi, tetapi sebaliknya berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael K C Yam, berkata berdasarkan maklum balas diperoleh daripada sektor berkenaan, 65 peratus berpendapat harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini.
Sehubungan itu, katanya, 47 peratus pemaju berkata, mereka bercadang menaikkan harga jualan bagi projek masing-masing sehingga 15 peratus menjelang pelancaran jualannya akhir tahun ini.
Kesan inflasi terhadap kos pembinaan rumah
“Pemaju kini dibebani kenaikan harga batu bata, besi, simen dan pasir, selain masalah kekurangan tenaga kerja, manakala sikap tidak telus dan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani isu perumahan bagi kuota Bumiputera turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pemaju.
“Harga batu bata meningkat 27 peratus kepada 42 sen tahun ini berbanding 33 sen tahun lalu, harga besi kerangka meningkat 13 peratus kepada RM2,589 satu tan berbanding RM2,285 satu tan pada 2010. Sejak Julai lalu, harga simen, pasir, batu bata dan besi masing-masing naik lagi sehingga 46.2 peratus, 81.1 peratus, 47.2 peratus dan 69.5 peratus.
“Jadi, Panel Majlis Kebangsaan REHDA menggesa supaya peruntukan kuota Bumiputera disemak semula kerana ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian, selain dibebani kenaikan harga bahan binaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mengikut syarat sekarang, pemaju mesti memperuntukkan antara 30 hingga 70 peratus unit rumah untuk kuota Bumiputera dan unit yang tidak terjual hanya boleh dilepaskan jika mendapat kelulusan kerajaan negeri berkenaan.
Pemaju juga perlu membayar kadar diskaun tujuh peratus untuk kuota Bumiputera sebagai levi kepada kerajaan negeri berkenaan.
Michael berkata, unit rumah kuota Bumiputera kurang diminati pembeli Bumiputera sendiri kerana ia hanya boleh dijual kepada pembeli Bumiputera saja, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembeli pada masa depan.
Beliau berkata, fenomena itu menyebabkan pembeli Bumiputera lebih cenderung membeli unit rumah bukan kuota Bumiputera dan keuntungan pemaju pula terjejas kerana tidak ada pembeli untuk unit rumah kuota Bumiputera itu.
Katanya, syarat kuota Bumiputera itu harus dikaji semula kerana bimbang industri hartanah mungkin diperalatkan sebagai senjata politik pihak tertentu.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan pasaran hartanah negara masih kukuh kerana bergantung kepada pembeli tempatan yang menduduki sendiri hartanah dibeli, sekali gus terlindung daripada kemerosotan ekonomi yang memberi kesan ketara terhadap pasaran hartanah di negara maju.
Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Industri Hartanah REHDA bagi separuh pertama tahun ini, hanya 52 peratus pemaju, berbanding 55 peratus pemaju pada separuh pertama 2010, melancarkan projek baru.
Walaupun jumlah projek baru berkurangan, purata saiznya bertambah kepada 150 unit setiap projek pada separuh pertama 2011 berbanding hanya 100 unit bagi tempoh sama tahun lalu, sekali gus membuktikan pemaju lebih cenderung memilih projek mempunyai permintaan pasaran tinggi.
HUBUNGI SAYA SEGERA...  HADI 0193532301

Sabtu, 21 Januari 2012

Emas Dijangka Cecah RM503/gram Menjelang 2020


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India. 
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.
Harga emas Public Gold seberat 100 gram cuma berharga sekitar RM11,000 pada tahun 2009
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

Harga Emas Dijangka NAIK RM5,662 Seauns


HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.
Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.

Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.
“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.
Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.
OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan. 
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.
Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA