Sekadar ingin berkongsi berkenaan pelaburan emas tetapi melibatkan modal yang kecil. Sebelum itu, cuba lihat gambar di bawah, berkenaan tabungan untuk menunaikan haji dengan menggunakan dinar. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkaitan dengan gambar di bawah.
![]() |
| Mengumpulkan dinar dari masa ke semasa mampu membawa kelainan dalam hidup anda dalam jangka masa panjang. |
Bagi pelaburan emas bermodal kecil, ada taktik yang dipegang;
- Beli emas fizikal apabila ada duit dan simpannya sebagai aset.
- Beli ketika harganya rendah (seperti sekarang) dan jual apabila harga tinggi.
Teknik pertama lebih kepada teknik 'purata'. Contoh, Januari 2011, anda ada RM630. Anda beli 1 dinar Public Dinar dan simpan. Setiap bulan anda boleh simpan dalam RM300, jadi selepas setiap 2 bulan, anda dapat membeli 1 keping 1 dinar. Harga emas 1 dinar mungkin sudah meningkat tetapi beli sahaja. Ada duit, terus beli. Sebab, dalam jangka masa panjang, harganya pasti meningkat.
![]() |
| Mengumpul dinar dari semasa ke semasa. Inilah hasilnya. |
Anggarkan selama setahun, anda dapat membeli 6 keping 1 dinar yang pada Disember 2011, harganya sudah meningkat kepada RM700 sekeping. Cuba periksa berapa purata duit modal yang anda gubakan untuk beli dengan 'latest price'? Pasti sudah meningkat lebih 10% kan?
Walaubagaimanapun, dalam setahun, pasti ada 2-3 kali 'bearish' atau 'downtrend' berlaku. Jadi, apabila harga turun, beli. Tak ada duit? Bawa emas-emas yang ada dalam simpanan ke Agro Bank atau Bank Rakyat dan pajakkan terlebih dahulu untuk mendapatkan 70% 'cash money' untuk digunakan bagi membeli emas-emas yang murah ketika itu.
Bagaimana? Untung tetap lebih banyak jika anda menyimpan emas seperti ini daripada menyimpan di dalam Tabung Haji (5% dividen) atau ASB (8.5% dividen + bonus). Lainlah jika anda membuat 'loan ASB' tetapi nasihat saya, jika mampu, fokus kepada aset, bukan liabiliti kerana 'loan ASB' mungkin akan menjadi beban yang menyusahkan anda di kemudian hari.
Pesanan ibu saya, kurangkan hidup berhutang tetapi hutang yang baik atau mampu menjana 'positive cashflow' adalah bagus bagi saya. Yang penting, anda pandai mengendalikannya dan ada 'back up plan' jika tidak sempat membayarnya
by = Waqipedia Resources







