7 Soalan Popular Mengenai Jual Beli
Emas
Isu pelaburan emas kini menjadi
isu hangat yang sering diperdebatkan oleh pelbagai individu. Saya kumpulkan 7
soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:
#1
– Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah
membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?
Islam melarang jual beli emas
secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
1. Tuan membeli 10g emas hari ini
dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
2. Tuan membayar RM 1,500 hari ini
dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu
selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan
bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan
berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas
mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya
tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan
peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank
konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses
pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah
transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.
2.
Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan
harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g
dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli
yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli.
Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara
tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak
berlaku secara tunai adalah riba.
#3
– Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun
pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank
konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan
mendadak harga emas yang berlaku.
Keunikan
akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas
secara fizikal.
Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari
satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga
artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait
Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan
emas yang halal.
#4
– Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan
dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan
dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan
terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah
skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
#5
– Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas
lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi
berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang
penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam
syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
Walaupun begitu, tuan mesti
sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga
emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa
naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk
tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.
#6
– Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian
emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara
tunai.
Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja
tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit
yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan
resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual
beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan
memperoleh emas tersebut.
Qabadh
hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat
pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat
menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada
pihak penjual.
#7
– Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi
rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya
tuan bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka
tuan tertakluk dengan syarat tersebut.
Namun
sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emassebagai harga jual beli, maka
jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan
harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun
dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas
tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan
penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.
Soalan
7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat
jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada
emas semasa jual beli berlaku.
Dalam
jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka
kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar
penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online
itu berlaku.
Kita hanya perlu membuat tekaan
turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.
Maka
hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan
sebelum ini iaitupelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat
jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
Terima
kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat
digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.