Isnin, 17 Jun 2013

:: Berniaga Bersama Hayat Acai Berry ::



Stokis DUN


PENDAFTARAN & PEMBELIAN:
  1. Wajib mendaftar dan mendapatkan bekalan dengan Stokis Parlimen atau Negeri.

  2. Mengeluarkan modal sebanyak RM1638.00 (Produk:60 kotak) + RM100.00 (Pendaftaran & Starter Kit-Wajib) Jumlah semua RM1738.00 sahaja.

  3. Pembelian ulangan sekurang-kurangnya 30 unit setiap pembelian.

  4. Jualan terkumpul dalam masa 3 bulan adalah sekurang-kurang 60 kotak.

  5. Berhak mendapat keuntungan 30% bagi produk-produk kategori Hayat Oral Liquid yang berikutnya.


KEISTIMEWAAN:
  1. Menjadi Stokis DUN. Mewakili mana-mana DUN dalam Malaysia. Hanya 1 wakil dibenarkan bagi setiap DUN (kelebihan ini ketika pengiklanan di laman web dan surat khabar nanti, jika ada). Namun bebas membuat penjualan dan penajaan di mana-mana Negeri, Parlimen dan DUN.
  2. Layak mendapat potongan harga 30% dari harga pasaran dan harga promosi.
  3. Mendapat hak esklusif melantik Stokis Mobile di mana-mana negeri.

TANGGUNGJAWAB:
  • Perlu menguruskan pendaftaran Stokis Mobile. Tiada bayaran pendaftaran RM100.00 dikenakan bagi pendaftaran Stokis Mobile.
  • Menunjukkan prestasi jualan yang baik. Stokis DUN yang tidak memenuhi jualan terkumpul 3 bulan rekod jualan akan diberikan peringatan serta sesi perbincangan masalah berkaitan. Sekiranya masih tiada komitmen, HQ beranggapan Stokis DUN sudah tidak lagi berminat menjadi Stokis DUN dan haq akan ditawarkan kepada orang lain.

PERINGATAN:
  1. Mana-mana Stokis Negeri, Parlimen atau DUN berhak membuat perlantikan stokis di luar kawasan Negeri, Parlimen atau DUN yang mereka wakili.
  2. Oleh itu, semua Stokis Negeri, Parlimen atau DUN berusaha agar kawasan masing-masing terdapat stokis tajaan sendiri sebelum mana-mana Stokis Negeri, Parlimen atau DUN yang lain melantik stokis tajaan mereka di kawasan anda.
  3. Jika berlaku pertembungan pemilihan kawasan untuk lantikan stokis, pembayaran yang HQ terima dari mana-mana Stokis Negeri, Parlimen atau DUN adalah menjadi keutamaan.
  4. Tempahan atau 'booking' adalah tidak dikira tanpa bayaran.





..................................................................................................................................................................
Stokis Mobile


PENDAFTARAN & PEMBELIAN:
  1. Wajib mendaftar dan mendapatkan bekalan dengan Stokis DUN, Parlimen atau Negeri.
  2. Mengeluarkan modal sebanyak RM312.00 (Produk:10 kotak).
  3. Tidak diwajibkan pendaftaran. Namun jika mahukan Starter Kit, bayaran sebanyak RM100.00dikenakan.
  4. Pembelian ulangan sekurang-kurangnya 5 kotak setiap pembelian.
  5. Tiada jualan minima.
  6. Berhak mendapat keuntungan 20% bagi produk-produk kategori Hayat Oral Liquid yang berikutnya.


KEISTIMEWAAN:
  • Menjadi Stokis Mobile. Bebas membuat jualan di mana-mana Negeri, Parlimen dan DUN.
  • Tidak boleh melantik mana-mana stokis. Jika terdapat permintaan, perlu upgrade ke Stokis DUN sekurang-kurangnya.
  • Layak mendapat potongan harga 20% dari harga pasaran dan harga promosi.

TANGGUNGJAWAB:
  1. Membuat jualan terus kepada pelanggan sahaja. Tiada penajaan yang layak dibuat.

Jumaat, 14 Jun 2013

:: 5 SEBAB UTAMA Berdiet dengan Hayat Acai Berry ::



TERDAPAT 5 SEBAB UTAMA KENAPA BERKESAN BERDIET DENGAN HAYAT ACAI BERRY

  • Beri Acai berkesan menyekat selera anda supaya anda ingin makan kurang. Ini membuatkan lebih mudah untuk menurunkan berat badan.
  • Beri Acai membuatkan anda berasa kenyang sehingga anda kurang berfikir tentang makan dan ini membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Beri Acai mempercepatkan metabolisma anda supaya membakar lebih banyak kalori dan menurunkan berat badan lebih cepat.
  • Beri Acai membantu membuang toksin yang terkumpul di dalam kolon anda (tidak terbuang dengan sempurna). Ini sahaja boleh membantu anda kehilangan berat badan dengan cepat.
  • Beri Acai meningkatkan tahap tenaga anda; tenaga yang anda miliki akan memberikan anda lebih aktif dan mendorong anda untuk bersukan atau beriadah. Ini membantu lebih banyak kalori anda terbakar secara tidak langsung.
 



"Perlu diingatkan juga bahawa diet yang betul perlulah dengan pengambilan makanan yang seimbang serta aktiviti fizikal yang konsisten. Sila rujuk pakar diet yang betul jika inginkan berat badan yang ideal"

Khamis, 13 Jun 2013

:: Kajian Tentang Kelebihan Hayat Acai Berry ::




Acai Berry kini dikenali sebagai "MAKANAN SUPER". Ini bermakna ia dianggap salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Ini semua didasarkan pada pelbagai nutrisi yang disediakan. Acai memiliki sifat gizi dan secara alami kaya:
  1. Lemak Omega (jenis yang baik, tidak seperti lemak yang ditemui dalam makanan segera).
  2. Asid amino.
  3. Elektrolit.
  4. Antioksidan.
  5. Protein.
  6. Vitamin A, B1 dan E.

Orang-orang dari Amazon telah menggunakan Acai Berry selama bertahun-tahun kerana mereka tahutentang kelebihannya itu. Sudah digunakan dalam pelbagai sajian pemakanan seperti sarapan, minuman, makanan lewat petang atau malam. Ini kerana mereka yakin akan keperluan tubuh badan mereka dapat dipenuhi dengan segala kebaikkan yang terdapat dalam Acai Berry. Nutrisi Acai berryterbukti mempunyai manfaat yang amat besar, dan ia harus menjadi pemakanan tambahan dalam menupemakanan sehari-hari.
Pemakanannya secara berterusan dapat membantu dalam:
  1. Membantu mengurangkan berat badan.
  2. Membantu dengan disfungsi seksual.
  3. Membantu mengurangkan masalah payah tidor.
  4. Membantu dalam melawan sel-sel bermasalah.
  5. Membantu mengurangkan komplikasi kesihatan.



Nutrisi yang kuat mampu memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa. Itulah sebabnya mengapaAcai Berry sudah begitu menonjol dipaparkan diperingkat antarabangsa dan di antaranya program "Talk Show" di Amerika.


Terlalu banyak kajian menunjukkan amalan memakan Acai Berry secara berterusan membantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik!!!


Hubungi segera untuk tempahan dan pembelian 0193532301

Rabu, 12 Jun 2013

:: Produk Hayat Acai Berry Terbaik!!! ::





Buah Acai adalah buah nombor 1 dalam kategori 'Superfruit'. Hal ini terbukti apabila kajian menunjukkan ia kaya dengan lemak, protein, kalsium, asid amino, vitamin dan anthocyanin. Fleksibiliti dari Acai Berry ini membuatkan ia menjadi buah pilihan terkini:-

  • Tinggi Tahap Antioksidan - Antioksidan yang terkandung dalam Acai berry adalah 10 kali ganda dari buah anggur dan dua kali ganda dari BlueberryAntioksidan membantu mempercepatkanpembahagian sel, mengurangkan kedutan dan memelihara kulit.
  • Kaya Dengan Lemak Yang Sehat - Acai berry kaya dengan asid lemak esensial yang dapat membantu untuk mengawal kolesterol LDL yang tidak diperlukan dan menjaga HDL kolesterolyang diperlukan dalam tubuh kita.
  • Kaya Antioksidan - Antioksidan amat diperlukan sebagai sebatian untuk menetapkan kolesterol,akhirnya mampu membantu mencegah penyakit (mencegah adalah lebih baik) .
  • Sumber Terbaik untuk Asid Amino dan Protein - Para saintis telah menemui dan dikenalpastibahawa ada lebih dari 19 jenis asid amino dalam diet Acai berry dan ia mempunyai lebih dari 8gram protein per 100 gram produk.

  • Excellent Sumber Vitamin dan Mineral - Vitamin dan mineral yang telah dijumpai dalam buah Acaitermasuk, vitamin A, B1, B2, B3, C, E, kalsium, kalium, magnesium, zink dan tembaga.
  • Sistem Pencernaan Lebih Sihat - Acai berry yang kaya dengan serat makanan dapat membantumengurangkan kolesterol dalam darah dan meningkatkan sistem pencernaan.






Isnin, 1 April 2013

Kenapa Brunei Menolak Untuk Bersama-Sama Membentuk Malaysia???

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Ehsan Blog penpatah :)

Jumaat, 1 Mac 2013

Menghormati & Melayan Suami Dengan Penuh Kasih Sayang


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Sedarlah Wahai Isteri-Isteri di luar sana

Sabtu, 23 Februari 2013

Hukum Meleteri & Kurang Hajar Dengan Suami


” Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ” leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrahbagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: ” Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. ” Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikrajkelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: ” Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan .” Akubertanya, ” Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? “
Baginda menjawab, ” Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. “
MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali memintasesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, ” Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. “
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagaiseorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: ” Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? “
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isterikeluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: ” Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. “
Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua… insya’Allah. .
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.
TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
Sumber: Forum