“Tauke! Berapa u bayar saya kalau saya jual balik ini emas dengan you?”
Salam sejahtera sekalian,
semakin hari semakin banyak pelaburan emas di Malaysia. Alhamdulillah ini adalah satu perkembangan yang positif yang mana menunjukkan kesedaran rakyat Malaysia khususnya dalam pelaburan emas semakin meningkat.
Akan tetapi sebelum membuat keputusan membeli emas tersebut antara faktor utama yang kita perlu ambil kira adalah:
- Harga Emas
- Spread (beza harga beli dan jual balik)
- Boleh dipajak gadai atau tidak (certain emas e.g Pamp Suisse kalau di buka sarung emas maka kalau kita nak jual balik, additional kiraan tolak harga)
Untuk ini, saya akan tumpukan kepada point ke-2 yang merupakan faktor utama untuk sebarang pembelian emas iaitu spread.
Apakah itu spread?
Spread membawa maksud perbezaan harga antara Harga Jualan (WE SELL/KAMI JUAL) dan harga Belian (WE BUY/KAMI BELI). Tak faham lagi?
Kalau kita nak beli emas, kita akan lihat harga WE SELL dan kalau kita nak jual balikemas tersebut kita akan lihat harga WE BUY.. Mudah di fahami kan?
Ok, mari kita lihat spread harga emas Public Gold. Seperti yang kita sedia maklum, perbezaan spread Public Gold adalah sebanyak 5% – 6 %. Kita lihat jadual di bawah..
So, tidak kisah la apa jenis emas (brand) atau berapa harga yang ditawarkan sama ada lebih murah dari Public Gold atau tidak sebelum anda decide untuk beli emas tersebut, KIRA DULU BERAPA SPREAD YANG DITAWARKAN.

Semakin KECIL spread semakin CEPAT, BESAR & MAKSIMUM margin keuntungan anda. Jika spread BESAR maka semakin lambat, kecil & MINIMUM margin keuntungan anda.
Semakin KECIL spread semakin CEPAT, BESAR & MAKSIMUM margin keuntungan anda.
Jika spread BESAR maka semakin lambat, kecil & MINIMUM margin keuntungan anda.
Contoh:
Syarikat ‘A’ mempunyai spread harga 18%.. Berapakah keuntungan jual balik selepas setahun iaitu 2012, katakan kenaikan emas sebanyak 20%? Berikut seperti di bawah adalah harga yang ditawarkan.
- Daripada pemerhatian dan rekod harga emas yang secara purata naik kira-kira 20 – 30% setahun. Jika company ‘A’ mempunyai spread 18% maka keuntungan kita kalau nak jual balik hanya sekitar 2 – 12 % sahaja!
So, di sini anda dah boleh kira sendiri kiraan spread dan tahu mana satu pelaburan emas yang menguntungkan. Dah mahir dah pun. Dah boleh kira-kira keuntungan anda..
Sebarang persoalan atau pertanyaan boleh kemukakan di ruangan komen ini.
Sekian wassalam…



Tiada ulasan:
Catat Ulasan