Isnin, 10 Oktober 2011

Fakto Naik Turun Harga Emas



 Emas yang mana satu Pilihan Anda?


Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa.

Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. 

pix_gal0
Pergerakan Harga Emas Dalam Tempoh 6 Bulan



Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus.
Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, satu auns bersamaan dengan 31.10 gram.

Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi kewangan.

Emas Public Gold I-series

Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya. Gold bar yang diiktiraf adalah 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Tahniah saya ucapkan kepada Public Gold kerana berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia book of Record. Selepas Pengiktirafan inilah Public Gold mengorak langkah dengan mengeluarkan produk-produk lain seperti I-Series berketulenan 22 karat (916), Dinar Emas, Silver 999.9 dan Barang Kemas Berbentuk.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan