Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?
Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.
Laporan khas ini telah disiarkan di dalam berita TV9 ketika awal bulan puasa yang lalu.
Kini anda boleh melihat laporan khas pelaburan emas ini melalui youtube video (klik butang play untuk mainkan video)
Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya berharap laporan khas ini boleh membantu anda mendapat info ringkas mengenai pelaburan emas.
Selain itu penting untuk anda mengenalpasti apakah itu pelaburan emas yang betul dan juga skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai topeng mereka.
Di dalam laporan khas ini juga, wartawan TV9 telah mendapat kenyataan berhubung pelaburan emas dari Bank Negara Malaysia. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, kita dimaklumkan bahawa mengenai 2 perkara penting mengenai perniagaan emas dan perak serta skim pelaburan emas:
1. Urusniaga emas dan perak BUKAN di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.
(bermaksud, perniagaan emas dan perak tidak memerlukan sebarang kebenaran
@ kelulusan daripada BNM, jadi sesiapa sahaja bebas berniaga emas dan perak)
(bermaksud, perniagaan emas dan perak tidak memerlukan sebarang kebenaran
@ kelulusan daripada BNM, jadi sesiapa sahaja bebas berniaga emas dan perak)

2. Bagaimana pun jika urusniaga itu jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang pelabur dan diberikan pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal boleh diambil semula, ia BOLEH menyalahi undang-undang.
Jadi, saya berharap laporan khas pelaburan emas TV9 ini boleh membuka minda anda mengenai potensi lumayan di dalam pelaburan emas dan perbezaan pelaburan emas yang betul dan skim cepat kaya yang bertopengkan emas.
Jika ada membuat pelaburan emas dengan betul, pulangan lumayan menanti anda. Jika anda tersalah langkah, maka anda boleh rugi banyak.
Berita Tentang Public Gold di TV1
Berita Tentang Emas di TV1
Berita Tentang Emas di ASTRO AWANI

