WASHINGTON 15 Ogos – Peluang Amerika Syarikat (AS) untuk terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi telah meningkat kepada 30 peratus, menurut USA Today.
Tinjauan sukuan terhadap 39 pakar ekonomi utama berkata, peluang kemelesetan kini meningkat dua kali ganda berbanding tiga bulan lalu.
![]() |
Ia bermakna satu lagi kejutan kepada ekonomi yang rapuh termasuk lebih banyak pasaran saham jatuh atau krisis hutang Eropah yang semakin buruk akan menyebabkan kemelesetan itu berlaku, kata USA Today.
Sekalipun jika AS cuba mengelak daripada kemelesetan, pakar-pakar ekonomi melihat pertumbuhan semakin merosot kepada 2.5 peratus tahun depan berbanding 3.1 peratus dalam tinjauan yang dilakukan pada April lalu.
Akhbar itu berkata, ekonomi AS mesti berkembang melebihi tiga peratus untuk mengurangkan masalah pengangguran.
Malah, pakar-pakar ekonomi meramalkan jumlah rakyat AS yang menganggur akan berkurangan kepada 8.8 peratus pada 12 bulan akan datang.
Pada April lalu, anggaran pengangguran adalah 8.2 peratus menjelang pertengahan 2012.
‘‘Ekonomi AS akan terus lembap dan pertumbuhan mendukacitakan tetapi kemungkinan tidak mengalami kemelesetan,’’ kata Pakar Ekonomi Kanan JP Morgan Chase, Robert Mellman. – AFP
Komen Admin:
- Seperti dijangka kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat telah pun diramal sejak sekian lama. Apabila jatuhnya nilai dollar maka akan menyebabkan berlakunya peningkatan mendadak pada harga emas.
- Harga emas bergantung kepada 2 faktor iaitu berdasarkan:
- Prestasi Dollar Amerika – semakin lemah dollar US harga emas akan semakin meningkat
- Belian emas di seluruh dunia – semakin banyak jumlah emas dibeli semakin meningkat harga emas
Kesimpulan:
- Melalui maklumat daripada artikel ini menunjukkan bahawa nilai Dollar US akan terus menyusut maknanya harga emas akan semakin meningkat!
- Mentaliti yang perlu diperbetulkan adalah jangan tunggu harga emas semakin tinggi baru nak beli. Sekarang adalah masa terbaik.
- Beli emas bila duit cukup. Mungkin anda berfikir “ahh, tunggu harga emas turun dulu lah..” Perlu di ingat mungkin apabila harga emas turun anda tiada bajet nak beli emas =)
- Lihat sejarah kenaikan harga emas ->Kenaikan harga emas sepanjang tempoh 4 tahun lepas!
- Dan juga -> Harga Emas dijangka mencecah RM202.57 sen segram tahun hadapan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan