![]() |
| public gold bar |
Terima kasih kerana melawati blog ini. Perkenalkan diri saya dulu ye. Nama saya Abdul Hadi Bin Yunus, orang panggil saya ED.
Tujuan utama saya buka blog ini untuk bercerita tentang simpanan emas fizikal kepada rakan-rakan saya dan pembaca sekalian. InsyaAllah bila-bila saya rajin saya akan update selalu.
Sebelum ini saya memang sedang mencari sesuatu untuk menyimpan dan mencari pendapatan lain. Salah satunya adalah membuka OnlineShop. Tetapi masih belum terlaksana sebab aku masih belum berguru tentang bab ini.
Sampai suatu ketika kawan sekerja saya mengceritakan yang dia telah membeli emas fizikal (RM80K) sebagai pelaburan dan simpanan. Selepas itu saya telah membuat kajian dan stdy sikit tentang emas. kini Barulah saya tahu antara pelaburan yang selamat dan menguntungkan adalah emas.
Setelah lebih kurang 2 bulan 2 minggu saya membaca dan mencari artikel tentang emas, saya nekad untuk membeli emas fizikal. Pada masa itu jenis emas yang terbaik dan spread yang rendah adalah Kijang Emas, tetapi disebabkan beberapa sebab (masa, stok dan lain-lain) saya telah memilih untuk membeli emas PublicGold.
Setelah mendapat sokongan tunang tercinta dan keluarga tersayang, saya membeli emas sebanyak RM30K iaitu bar 50g, 1Dinar 2 keping dan i-Siri 4 utas rantai. Emas-emas ini saya telah simpan ditempat yang selamat dan sebahagiannya saya merempit, hehehehe.... (al-rahnu)... setelah membuat pembelian RM30K saya telah menjadi diler dengan public gold. maka di sinilah bermulanya perniagaan emas saya...
saya telah bercerita, dan berkongsi ilmu tentg emas dengan keluarga terdekat serta kawan-kawan sekerja.. Alhamdulillah kebanyakan mereka faham dan telah membeli emas dengan saya, walaupun dalam jumlah yang kecil... inilah permulaan bukan mudah untuk berjaya... yang pntg kita berusaha...
Setakat ini sahaja bercerita, saya sambung di lain post. Terlalu banyak untuk diceritakan tapi saya akan bercerita satu persatu tentang emas ini. Memang terlalu menarik untuk buat analisa tentang emas ini. Jumpa lagi di lain waktu. -Wassalam-
nota kaki : masih mengkaji tentang emas dan wang fiat (duit kertas), banyak benda dan kebenaran telah saya faham pasal dua benda ini.
![]() |
| public dinar |
![]() |
| public i-series |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan